Peraturan dan tatatertib kemasukan

PERATURAN PENGINAPAN 

Para tetamu/penginap diminta mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan berikut :-

1. Waktu Check-in 2:30 petang hingga 6.00 petang dan Waktu Check-out 12:00 tengahari. Sila patuhi masa check in/check out yang betul. Sila SMS/WhatsApp saya setengah jam sebelum check in/check out. Sekiranya tiada pelanggan baru yang ingin check-in pada hari itu, masa check-out boleh dilanjutkan dengan kadar RM30/jam atau dengan persetujuan budi bicara. (Dengan syarat tiada customer pada hari berkenaan).

2. Sebagai tanda "pegang janji", kami memerlukan deposit RM100/'night' untuk "block date" khusus untuk pengunjung yang benar-benar ingin membuat tempahan. (Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pengunjung membatalkan tempahan)

Kami juga mengenakan cagaran Kebersihan Dan Keselamatan( security deposit) sebanyak RM100 untuk tempoh sewaan bawah 5 hari  dan mesti dibayar bersama "Bayaran penuh". Cagaran akan dipulangkan RM100 setelah ditolak caj pembersihan dan jika keadaan rumah adalah memuaskan seperti mana semasa pengunjung masuk menginap. Jika berlaku pembaziran air dan elektrik (pili air dan aircond tidak ditutup selepas pengunjung keluar), perubahan kedudukan perabot dan keadaan rumah Kotor seperti lantai atau dinding kotor, longkang ada sampah dan lain-lain yang seangkatan dengannya, cagaran kebersihan tidak dipulangkan keseluruhannya malah akan ditolak dengan Kadar yang difikirkan setimpal. 

Kadar sewaan semalam ialah RM350

3. "Bayaran Penuh" mesti dibuat selewat-lewatnya sehari sebelum 'check in' secara transfer ke akaun. Segala urusan kewangan hanya melalui kaedah transfer ke akaun. Tiada pembayaran secara tunai. 

4. Tetamu hendaklah memberi maklumat diri dan jenis serta nombor kenderaan terlebih dahulu sebelum check in secara whatsapp. Nombor Pendaftaran Kenderaan hendaklah tepat seperti yang tercatat di dalam Borang Penginapan Homestay.

5. Bilangan tetamu/penghuni yang dibenarkan untuk menginap ialah 12 ORANG kerana kami menyediakan 4 buah bilik tidur sahaja.
Jika ingin membawa tetamu melebihi jumlah tersebut, pihak kami hanya membenarkan MAKSIMUM 17 ORANG SAHAJA.
Ini bertujuan untuk menjamin keselesaan para penghuni homestay ini. Pihak kami tidak menerima rombongan tetamu yang terlalu ramai contohnya rombongan sebuah bas atau rombongan 5 biji kereta kerana kami tidak mahu timbul sebarang masalah contohnya masalah keselesaan dan masalah parking.

6. Dilarang sama sekali mengadakan sebarang majlis keramaian / jamuan atau family day.

7. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina. Pasangan yang bukan mahram tidak dibenarkan sama sekali. Penyewa Muslim sahaja.

8. Harap maaf. Binatang peliharaan tidak dibenarkan menginap bersama.

9. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali.

10. Bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti bahan letupan, bom, peluru, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.

11. Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan.

12. Sila cuci/basuh semua pinggan mangkuk dan peralatan memasak yang telah digunakan dan susun semula di tempat asalnya.

13.   Sila tutup suis elektrik yang tidak digunakan seperti lampu, kipas, aircond dan sambungan plug. Sila tutup pili air yang tidak digunakan. 

14. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di taman perumahan, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sesuka hati.

15. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu petak parkir penghuni lain.

16. Menggunakan kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup suis lampu, suis kipas, suis aircond dan paip air sekiranya keluar atau tidak digunakan. Tutup tingkap sebelum meninggalkan homestay.

17. Memastikan semua peralatan dan perabot yang ada di dalam homestay ini digunakan dengan sebaiknya dan tidak dibawa keluar. Pengunjung juga dilarang mengubah kedudukan sebarang perabot di dalam homestay. 

18. Sampah dibuang ke dalam tong/bakul sampah yang disediakan. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita dan lampin bayi) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat.

19. Jangan tinggalkan sebarang barang berharga di dalam homestay. Pastikan pintu dan grill homestay dikunci apabila meninggalkan homestay dalam tempoh penginapan. Pihak homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang berharga anda semasa menginap di homestay.

20. Sebelum check out, pastikan barang-barang milik peribadi anda tidak tertinggal. Barang yang tertinggal akan dilupuskan.

21. Mohon kerjasama untuk memberitahu kepada pihak kami sekiranya ada terdapat sebarang kerosakan peralatan rumah atau pun sebarang "kejadian" kecil yang tidak diingini berlaku sepanjang menginap di homestay kami.

22. Anda adalah dilarang merokok di dalam seluruh kawasan rumah BERMULA dari masuk pagar. 

23. Pengurus/tuan rumah berhak memasuki homestay pada bila-bila masa sekiranya perlu.

Bayaran gantirugi jika berlaku kerosakan atau kehilangan barang2
TV- RM900
Remote TV- RM50
Jug Kettle – RM 150
Rice Cooker- RM150
Mesin Basuh- RM 500
Peti Sejuk – RM600
Iron – RM 100
Iron Board- RM 50
Air cond – RM1000
Remote Aircond –RM 50
Dapur Masak- RM100
Alatan memasak – set kuali ( RM 50 - RM350)
Basikal Senaman –RM600
Dumb bell – RM20 setiap satu
Tanaman di sekitar rumah – RM30 sepokok
Perabot dalam bilik – maksimum 1000 (mengikut kerosakan)
Set sofa – RM 800
Set Meja Makan – RM 500
Set meja jati - RM300 per set
Dinding – minimum RM100 mengikut jenis kerosakan
Bilik mandi – minimum RM100 mengikut jenis kerosakan
Ampaian luar -RM250
Cermin pintu/tingkap–mengikut kadar semasa

DAN LAIN-LAIN PERALATAN TAMBAHAN MENGIKUT NILAI SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH KAMI



"SEMOGA ANDA BERPUASHATI DAN GEMBIRA KETIKA BERADA DI HOMESTAY KAMI."

"TERIMA KASIH DAN SILA DATANG LAGI."

"SELAMAT JALAN DAN BERHATI-HATI DI JALANRAYA."


Comments

  1. Homestay yg selesa.. semua 4 bilik tidur ada aircond dan juga ruang tamu. Fasiliti lain pun lengkap. Boleh booking lg jika ke sini lagi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JEMPUT DATANG MENGINAP